PM Dan Isteri Hadir Majlis Berbuka Puasa KSN

0
152

PUTRAJAYA, 1 Jun – Hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri malam tadi.

Majlis yang dihoskan Ali dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah yang juga Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan itu dihadiri kira-kira 1,500 jemputan yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan.

Najib dan Rosmah yang juga Penaung Puspanita bersama hadirin kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih.

Sempena majlis itu, Puspanita juga menyampaikan sumbangan kebajikan berjumlah RM160,000 kepada 14 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah di sekitar Putrajaya serta 34 rumah kebajikan/persatuan di seluruh negara.

Ali dan Rohani juga menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya dan kasut kepada 100 anak yatim dari empat rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Hadir sama Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. – WD MY