PUTRAJAYA, 25 Jun – Raikan…. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana, di sini melabuhkan tirai kira-kira jam 4 petang tadi selepas meraikan hampir 75,000 pengunjung.
Orang ramai dilihat teruja menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan, diiringi hiburan persembahan artis tanah air.
Mereka juga tidak melepaskan peluang berjumpa dan bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri kabinet.
Antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Selain itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. – WD MY