PUTRAJAYA, 14 Jun – Raikan… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan lebih 5,000 orang menghadiri Program Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ia turut disertai isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis, menteri Kabinet dan menteri besar.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Najib dan Ahmad Zahid serta tetamu yang hadir turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.-WD MY