PUTRAJAYA, 10 Julai – Serikan……. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah malam tadi.

Kehadiran Najib dan isteriĀ  serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada kira-kira jam 9 malam di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, disambut Mohd Irwan Serigar dan isteri, Puan Sri Rohana Sulaiman.

Pasangan raja sehari itu, Dr Mohd Nazshua Mohd Irwan Serigar, 29, dan pasangannya, Mazlin Muhammad Sudin, 29 selamat diijab kabul dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kewangan II, serta beberapa lagi menteri kabinet dan tetamu kenamaan lain.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan menghadiri majlis berkenaan.