KLANG, 11 JAN – Misi…….. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melepaskan misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar di Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Misi tersebut membabitkan kapal Nautical Aliya dengan 200 aktivis dari lapan negara yang akan membawa 1,500 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine.

Selaku Ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Myanmar.

“Misi flotila juga akan menghantar dua pasukan perintis ke Myanmar dan Bangladesh dalam masa terdekat untuk menguruskan urusan logistik dan persediaan awal.

“Kita masih menunggu kelulusan Myanmar tapi kami akan belayar pada 3 Februari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau pusat pengumpulan barangan misi flotila di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru di sini, hari ini. – WD MY