ALOR SETAR, 12 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Bukhary di sini.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun
Mahathir serta kira-kira 5,000 orang itu, Najib juga menyampaikan sumbangan
kepada 200 bekas anggota tentera dan polis.

Turut menghadiri majlis berbuka puasa itu termasuk Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah
Hanipah serta Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri
Mahdzir Khalid.

Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid
Zahir untuk menunaikan solat sunat Tarawih dan majlis khatam Al-Quran.

Turut menghadiri majlis itu ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Diraja Kedah
Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Sebelum itu pada sebelah petang sejurus tiba di Alor Setar, Najib bersama
Mukhriz serta diiringi Ahmad Bashah, meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau
dan beramah mesra dengan pengunjung Bazar Ramadan Stadium Darulaman di bandar
raya ini.

Beliau turut membeli beberapa juadah berbuka puasa seperti murtabak, air
tebu dan kuih-muih di bazar Ramadan itu.

Pengunjung bazar Ramadan begitu teruja melihat kehadiran Perdana Menteri dan
kepimpinan negeri, di kawasan tumpuan orang ramai sempena bulan Ramadan ini.
-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY