ISTANBUL, 14 April – PM Hadir Majlis Makan Malam Bersama 30 Ketua Kerajaan OIC……Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak Persidangan Negara Islam OIC 2016 .

Majlis makan malam itu diadakan bagi menghargai kehadiran lebih 30 Ketua Kerajaan negara negara anggota OIC sempena sidang kemuncak kali ke-13 ini.

Kesemua pemimpin yang hadir termasuk Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Presiden Erdogan dan isteri Ermine Erdogan.

Pemimpin pemimpin negara OIC ini kemudian dibawa dengan kapal melungsuri sepanjang selat Bosphorus yang terkenal di kalangan pelancong di Istanbul, Turki.

Sebelum menghadiri majlis makan malam itu, Datuk Seri Najib turut melakukan kunjungan hormat ke atas Erdogon di Istana Yildiz, Istanbul.

Sidang kemuncak ketua ketua kerajaan OIC akan berlangsung jam 9 pagi ini waktu tempatan atau 2 petang waktu di Malaysia. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY