PUTRAJAYA 19 Julai – Hadir Rumah Terbuka…… Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan yang diadakan di Perbendaharaan di sini hari ini diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan Najib merangkap Menteri Kewangan pada pukul 11.25 pagi itu disambut oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Hadir sama, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

Selain jemputan kehormat, majlis itu turut dihadiri oleh kakitangan Kementerian Kewangan termasuk agensi-agensi di bawahnya dengan mereka menikmati pelbagai jenis hidangan juadah makanan yang disediakan. – WD MY

LEAVE A REPLY