MARAN, APRIL 3: Siapa yang mampu  mampu menjamin masa depan Bumiputera dan masyarakat luar bandar termasuk peneroka Felda kecuali kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berbuat demikian sejak sekian lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkang,hanya tahu menimbulkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan tetapi mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan seperti BN.

“Tiada orang yang akan bela masyarakat luar bandar, perkara itu tidak ada dalam manifesto mereka. Saya tengok manifesto pembangkang sebut tentang Bumiputera di nombor 30, bukan nombor 1 bukan nombor 5, bukan nombor 10, bukan nombor 20 tetapi nombor 30.

“Manifesto mereka juga tidak ada sebut dengan jelas pembangunan luar bandar, tidak ada sebut dengan jelas mengenai pembangunan Felda,? katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga peneroka Felda dalam Dewan Undangan Negeri Jengka di Felda Jengka 11, Bandar Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Beliau berkata usaha kerajaan membangunkan agenda Bumiputera dan Felda telah melalui pelbagai detik dan era sejak ia ditubuhkan oleh ayahandanya yang juga bekas perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein lebih 50 tahun lepas.-MY WD