OTTAWA, 12 SEPT – BUBAR…. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memulakan kempen pilihan raya selama enam minggu, hari ini, dengan tinjauan pendapat menunjukkan sokongan beliau semakin merosot.

Difahamkan, beliau mungkin popular di luar negara dengan dasar progresif, namun terjejas akibat skandal di negara sendiri.

Trudeau dari parti Liberal menang besar pada 2015 atas kempen kesamarataan jantina dan alam sekitar, namun berdepan isu ekonomi dan kos sara hidup dalam pengundian pada 21 Oktober depan.

“Kita masih banyak kerja perlu dilakukan di bawah kerajaan Liberal, Kanada akan terus mara ke depan,” kata beliau kepada pemberita, selepas mengunjungi kediaman Gabenor Besar, Julie Payette di Ottawa yang memangku jawatan ketua negara bagi melancarkan pilihan raya.

Difahamkan, Trudeau dijangka tidak menang cukup kerusi untuk memerintah sendiri, selepas beberapa kesilapan kepimpinannya.

Ia akan menyebabkan beliau dan Parti Liberal lemah serta terpaksa bergantung kepada pembuat dasar pembangkang di parlimen untuk meluluskan undang-undang.

Tinjauan pendapat Nanos Research, semalam, menunjukkan Liberal meraih sokongan 34.6 peratus dan pembangkang utama Konservatif yang dipimpin Andrew Scheer mendapat 30.7 peratus sokongan.

Perbezaan itu dijangka tidak cukup untuk menjamin majoriti dalam dewan rendah parlimen negara itu. – WD MY