PM Kecam Serangan Trak Rempuh Orang Awam Di Stockholm

0
55

KUALA LUMPUR, 8 April – Tidak Masuk Akal….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam serangan pemandu trak curi yang merempuh orang ramai di luar sebuah pusat beli-belah di Stockholm, Sweden yang mengorbankan empat orang dan mencederakan 15 yang lain.

Najib menyifatkan kejadian itu sebagai satu lagi serangan tidak masuk akal kepada individu yang tidak bersalah.

“Doa dan ingatan saya bersama mereka yang terjejas oleh serangan di Stockholm.

“Saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menggesa semua pihak bertenang.

“Hubungi Kedutaan Malaysia di Stockholm di talian + 440-8400 jika memerlukan bantuan,” katanya menerusi entri di laman sosial Facebook rasminya awal pagi ini.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa negara berkenaan melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu pemandu trak curi

Trak berwarna biru yang dipercayai dicuri itu dipandu secara melulu dan merempuh orang ramai di hadapan pusat beli-belah Ahlens.

Setakat ini hipotesis awal polis berkemungkinan mengaitkannya dengan serangan keganasan. Seorang lelaki ditahan dipercayai ada kaitan dengan insiden itu. – WD MY