KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kongsi Pengalaman…… Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini berkongsi pengetahuannya mengendalikan entri peribadinya dalam laman media sosial.

Beliau mengakui mempunyai pasukan sendiri yang membantunya memuat naik status dalam akaun Twitter miliknya berikutan masa kerjanya yang sangat padat.

“Saya sentiasa bergerak dan membataskan saya untuk memuat naik status setiap masa. Saya memang tidak berpeluang untuk pergi ke sudut dan memuat naik status selepas habis satu-satu acara.

“Tiga kaedah digunakan. Saya muat naik sendiri (status) jika berkesempatan, saya dibantu pasukan yang berada bersama saya serta pasukan yang memuat naik sekiranya saya berada jauh seperti di Rumah Panjang (Sarawak) bagaimanapun semua kandungan (content) adalah daripada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove pada Persidangan Digital Premier Asia Tenggara di sini, pagi tadi.

Pada akhir sesi itu, Najib dengan menggunakan telefon bimbitnya turut berselfie dengan hampir 300 peserta persidangan dan terus memuat naik gambar berkenaan ke akaun Twitternya. – WD MY

LEAVE A REPLY