PEKAN, feb 25 – BR1M…Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan di sini, pagi tadi untuk merasmikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kebangsaan.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan akan menyampaikan bantuan itu kepada kumpulan pertama penerima, pagi tadi.

Dimaklumkan pada tahun ini, peruntukkkan kira-kira RM6.3 bilion bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Penerima boleh mula menyemak akaun bank masing-masing esok dan bantuan akan diagihkan dalam tiga fasa, iaitu bulan ini, Jun serta Ogos.

Penerima berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900), serta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M. – MY WD