KUALA LUMPUR, 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Jalan Alor bagi melancarkan Skim Mikro Kredit oleh Yayasan Penjaja Dan Peniaga Kecil 1Malaysia.

Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Cina, melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan tersebut memajukan perniagaan dan memudahkan mendapatkan pinjaman kewangan.

Menurut Perdana Menteri, di bawah skim itu, setiap pemohon boleh meminjam antara RM5,000 hingga RM15,000, bergantung kepada syarat dan kelulusan yang
ditetapkan.

“Pembangunan (negara) mestilah bersifat inklusif dan adil, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

“Sebab itulah, hari ini kita lancarkan skim mikro kredit ini, sebab bagi kerajaan, golongan ini perlu dibantu.

“Tidak kira etnik mana pun, peniaga dan penjaja kecil mesti dibantu kerana mereka banyak memainkan peranan (kepada negara),” katanya. -Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY