KUANTAN, APRIL 30: ATM…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Batu 10 semalam.

Pertemuan kira-kira setengah jam dalam program dihadiri oleh 2,000 anggota dan pegawai daripada pasukan 4 Briged dan Pangkalan Udara Kuantan termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Tentera (Bakat) daripada cabang darat dan udara.

Dalam kesempatan itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kerajaan atas sumbangan dan khidmat bakti seluruh warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.- MY WD