PUTRAJAYA, 8 MEI – KUNJUNGAN…. Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira setengah jam membeli juadah di Bazar Ramadan, Presint 3 petang semalam.

Perdana Menteri tiba pada jam 5.45 petang, diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan pengiringnya.

Antara juadah yang dibeli Dr Mahathir di bazar berkenaan adalah kuih cakoi dan putu piring.

Pengunjung bazar turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Bazar Ramadan Putrajaya yang terletak bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA) beroperasi jam 4 petang hingga 7.30 malam, dan disertai 300 peniaga. – WD MY