NEW DELHI, 25 Jan – TIBA…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di New Delhi, awal pagi tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Tentera Udara Palam di sini disambut oleh Menteri Negara untuk Kewangan, Siv Ptatap Shukla; Ketua Protokol, Sanjay Verma; Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, T S Tirumurti dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyambut Najib dan Rosmah di hotel penginapan mereka di The Leela Palace di sini.

Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India sempena ulang tahun ke-25 India menjadi rakan dialog ASEAN.

Pada Jumaat, Najib dan ketua negara/kerajaan semua negara ASEAN akan menyaksikan sambutan Hari Republik India sebagai tetamu negara.