KUALA LUMPUR, 10 Julai – Jaga Pemakanan…… Rakyat dinasihatkan menjaga kesihatan dan tidak terlampau mengikutkan nafsu makan ketika menikmati juadah Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata memang sukar menahan diri daripada menikmati pelbagai menu menyelerakan selepas sebulan berpuasa, namun orang ramai perlu mengehadkannya.

“Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi memang menyelerakan.

“Tetapi dalam kita menikmati juadah ini, beringatlah juga untuk jaga kesihatan, takut baju raya yang dibeli tak muat pula untuk dipakai nanti,” katanya menerusi entri di laman sosial rasmi Facebook. – WD MY

LEAVE A REPLY