KUALA LUMPUR, MAC 2 – MRT…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan rasa puas hati dengan kemajuan pembinaan projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Saya rasa gembira dan perdana menteri juga amat gembira melihat keseluruhan projek MRT berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Najib melakukan tinjauan di tapak stesen Bandar Malaysia Utara, Laluan SSP.

Ketika itu, Perdana Menteri telah melancarkan kerja pembinaan terowong bagi Laluan SSP dengan melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) – yang pertama daripada 12 TBM yang akan digunakan untuk projek itu.

Bagi kerja-kerja pembinaan bagi Laluan SSP adalah mengikut jadual dengan 22 peratus telah siap.

Menteri Pengangkuran memberaitahu, projek ini telah bermula pada September 2016 dan dijangka siap mengikut tempoh yang ditetapkan. Laluan itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku kedua 2022.

“Ia berjalan lancar. Saya amat gembira melihat projek ini berjalan lancar. Ia membabitkan banyak kerja,” kata Liow.

Jarak laluan ini adalah sepanjang 52.2 km, dengan 13.5 km di bawah tanah, Laluan SSP akan mempunyai 35 stesen – 11 daripadanya terletak di bawah tanah.

Jajaran dari Sungai Buloh ke Putrajaya akan melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Laluan SSP adalah yang kedua dibina di bawah Projek MRT Lembah Klang, yang pertama Laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km.- MY WD