KUALA LUMPUR, 20 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir pada majlis himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah, di ibu negara.

Beliau turut menyaksikan Majlis Khatam Al- Quran beramai-ramai dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama para huffaz.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Semenjak tahun 1990, Darul Quran Jakim telah mengadakan kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri dalam melaksanakan program pengajian tahfiz Al-Quran.

Bagi memantapkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri, Darul Quran Jakim telah menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan 13 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkaitan.

Dengan adanya kerjasama tersebut, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri telah melaksanakan program pengajian dengan kawal selia Darul Quran Jakim bagi melahirkan graduan yang berkualiti.

Ketika ini, hanya Maahad Tahfiz al-Quran Negeri di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Islam Negeri (YIN) sahaja yang telah mengadakan kerjasama dengan Darul Quran Jakim. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY