PENAMPANG, 12 Nov – Hadir….. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Kebudayaan Penampang di sini untuk merasmikan Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) 2016.

Ketibaan Najib diiringi Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pemangku Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau.

Seramai 1,750 perwakilan parti itu dari seluruh negeri hadir konvensyen kali ini dengan lima isu utama berkaitan yang kepentingan negeri ini dijangka dibincangkan.

Isu terbabit ialah pendatang tanpa izin, perkongsian kuasa, pengagihan kerusi baharu berikutan penambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, tanah dan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal anak negeri.

Petang ini, Najib yang juga Pengerusi BN dijadual merasmikan Persidangan Tahunan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Dewan Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, Likas. – WD MY