KUALA LUMPUR, MAC 15 :PM…Datuk Seri Najib Razak malam tadi merasmikan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni di Selayang, sebuah mercu tanda rekreasi yang unik dan baharu di ibu kota.

Majlis perasmian tersebut dihadiri lebih 10,000 orang itu.

Taman rekreasi berkeluasan 9.2 hektar yang dinaik taraf dengan kos RM18 juta.

Taman rekreasi itu dibuka secara percuma kepada warga negara Malaysia selama sebulan bermula semalam sehingga 13 April ini.

Antara tarikan di taman rekreasi berkenaan adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge dan T-Rex Ring.

Waktu Taman Rekreasi 99 Wonderland Park beroperasi dari jam 6 petang hingga 9.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum). -MY WD