KUALA LUMPUR, 25 Jun – Rasmikan Pembukaan….. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembukaan Pasar Raya Besar LuLu di sini, hari ini.

Pasar raya dengan keluasan 2.32 hektar itu adalah cawangan pertama dibuka di negara ini serta yang ke-127 di dunia.

Premis setinggi tiga tingkat itu menawarkan barangan runcit, pakaian, keperluan rumah, peralatan elektrik, gajet dan makanan.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Kumpulan LuLu, Yusuff Ali.

Pasar raya milik Kumpulan LuLu, sebuah syarikat berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) melabur sebanyak RM1.3 bilion untuk meluaskan perniagaan dan merancang membuka 10 cawangannya dalam tempoh lima tahun di seluruh negara. – WD MY

LEAVE A REPLY