PUTRAJAYA, 14 Sept – Perjanjian Air Negeri Kelantan….. Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan di Perdana Putra.

Perjanjian ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang; Ketua Pegawai Korporat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Hadi Ali; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Datuk Hanifa Ahmad.

Penstrukturan berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu AKSB dari segi kewangan untuk mewujudkan industri perkhidmatan air yang lebih mapan di Kelantan. – WD MY

LEAVE A REPLY