KUALA LUMPUR, 25 April – RUMAWIP…… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan kediaman RUMAWIP Residensi Pandamas dekat Kampung Pandan, di sini.

Najib menyerahkan enam kunci kepada penghuni dan sempat meluangkan masa melawat kediaman berkenaan.

Mereka adalah antara 700 pemilik unit yang dilaksanakan secara perkongsian strategik di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) denDasar RUMAWIP.

Najib berkata, inisiatif ini menggambarkan komitmen kerajaan dalam menyediakan bantuan dari aspek perumahan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah iaitu B40 serta M40.

Beliau berkata, kerajaan amat mengambil berat terhadap nasib golongan terbabit dan akan terus memberi keutamaan kepada mereka.

“Harga pasaran sebenarnya lebih tinggi antara RM500,000 hingga RM700,000.

“Kediaman ini jauh lebih rendah iaitu ditawarkan pada harga di bawah RM300,000 iaitu RM280,000.

“Satu lagi yang unik tentang projek ini adalah elemen prosubsidi kepada 300 orang penghuni.

“Warga India warganegara Malaysia yang tinggal di sini hampir 30 tahun dan sudah mendapat kediaman baharu bernilai RM42,000 dapat hidup aman dan selesa.

“Langkah ini seiring Malaysia Indian Blueprint (MIB) yang dilancarkan baru-baru ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata, difahamkan lagi 1,900 unit mampu milik akan dibina dan dijangka siap pada tahun 2018.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kediaman sebanyak 2,900 unit. – WD MY