JOHOR BAHARU, 6 Dis – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong
dan isteri, Ho Ching, mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga diraja Johor
atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim malam
tadi.

Melalui laman Facebook rasminya, Lee juga menyampaikan kekesalan beliau
kerana tidak dapat menghadiri istiadat pemakaman Tunku Abdul Jalil kerana perlu
menghadiri konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) hari ini.

“Ho Ching dan saya sedih atas kemangkatan Yang Mulia Tunku Abdul Jalil,
putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan permaisuri baginda, Raja
Zarith.

“Tunku Jalil dikenang kerana sikap belas ihsan, kerja amal dan kecintaan
beliau terhadap alam sekitar serta haiwan.

“Saya masih ingat Tunku Jalil memberitahu kami tentang kerja sukarela beliau
di Zoo Singapura dan betapa beliau begitu gembira ketika bersiar-siar di
Singapore Botanic Gardens,” katanya.

Lee berkata doa dan harapan beliau mengiringi mereka (keluarga diraja
Johor) dan rakyat Johor dalam menghadapi detik-detik yang memilukan ini.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY