KUCHING, 30 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, sebentar tadi bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sarawak.

Perdana Menteri mempunyai jadual ketat sepanjang berada di negeri ini, termasuk menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pucuk Pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), pada jam 8 malam ini.

Esok, Najib dijadualkan menghadiri Taklimat Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Simunjan, selain meninjau Projek Jambatan Batang Sadong di Pangkalan Feri Batang Sadong.

Beliau kemudian dijadualkan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bintulu jam 11 pagi esok sebelum berlepas pulang ke ibu negara dari Lapangan Terbang Bintulu. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY