CALIFORNIA, 16 Feb – Perdana Menteri tiba di Palm Spring California bagi menghadiri Sidang Kemuncak Amerika Syarikat dengan ASEAN.

Beliau dijadual menghadiri sesi perbincangan bersama 9 pemimpin ASEAN yang lain di Sunnylands.

Sesi berkenaan dipengerusikan oleh Presiden Barack Obama.

Antara topik yang dibincangkan, bagaimana Amerika Syarikat dapat membantu integrasi ASEAN dan keusahawanan serta kepentingan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi ASEAN.

Malaysia adalah penyelaras hubungan Amerika Syarikat ASEAN.

Satu dokumen bersama akan dikeluarkan pada akhir persidangan esok. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY