KUALA TERENGGANU, 7 Jan – Lawat……. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau keadaan mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu.
Beliau turut beramah mesra dengan penghuni di dua buah pusat penempatan banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, di sini, dan Sekolah Kebangsaaan Bukit Guntong, Kuala Nerus.
Lawatan pemimpin negara itu yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Seri Shahidan Kassim, ternyata menceriakan mereka yang ditempatkan di situ sejak tiga
hari lalu.
Seramai 461 mangsa daripada 112 keluarga ditempatkan di Sek Keb Banggol Peradong manakala seramai 422 orang daripada 96 keluarga di Sek Keb Guntong. – WD MY