KUALA LUMPUR, 9 Feb – Menyambut Thaipusam…… Datuk Seri Najib Razak berkata sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia sememangnya sangat bertuah kerana rakyat dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana aman dan harmoni.

Bersempena sambutan Thaipusam esok, Perdana Menteri mengajak rakyat bersama menghayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian di negara kita.

“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perutusan Thaipusam menerusi blog rasminya, najibrazak.com, malam ini. – WD MY