PM Ucap Tahniah Diatas Kejayaan PocketRocketMan

0
57

KUALA LUMPUR, 14 April – Tahniah…… Perdana Menteri dalam tweet beliau mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang merangkul gelaran dunia acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong.

Menerusi akaun Twitter, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan tahniah kepada pelumba berusia 29 tahun dari Dungun, Terengganu itu.

“Juara Dunia Keirin 2017, #PocketRocketMan ! Tahniah @AzizulAWANG menang Kejohanan Track Berbasikal di Hong Kong! #Kebanggaanku,” .

Kejayaan membanggakan dilakar Azizulhasni hadir selepas 10 tahun dia berlumba dalam kejohanan berkenaan, sekali gus muncul selaku pelumba negara pertama memenangi pingat emas di kejohanan berprestij itu.

Pada perlumbaan final itu, Azizulhasni atau lebih mesra dipanggil Jijoe berjaya mengatasi saingan sengit daripada beberapa nama besar seperti Matthew Glaetzer dari Australia, sebelum membuktikan dirinya paling bertenaga apabila muncul yang pertama melintasi garisan penamat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata manakala Tomas Bedek (Republik Czech) melengkapkan kedudukan podium. – WD MY