KUALA LUMPUR, 16 Sept – Takziah…… Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi, waktu Malaysia.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatuallah, Kita kehilangan tokoh Islam yang banyak berjasa.

“Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia menjadi negara Islam yang makmur. Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnol khotimah dan Al-jannah. Al-Fatihah”, katanya dalam catatan menerusi akaun rasmi Twitter miliknya, sebentar tadi. – WD MY

LEAVE A REPLY