KUALA LUMPUR, 16 April – Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi di Jepun….. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada rakyat Jepun, terutama keluarga dan mangsa gempa bumi di selatan negara itu, awal pagi Sabtu.

Walaupun belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia, Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar akan terus memantau keadaan secara terperinci.

Katanya, kementerian terbabit turut memaklumkan mengesahkan 18 pelajar Malaysia dipindahkan ke zon pemindahan dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Jepun untuk mengesahkan status rakyat Malaysia yang lain.

“Saya menyeru kepada semua untuk bertenang dan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo untuk maklumat lanjut di talian + (81-3) 3476-3840,” katanya menerusi entri di akaun Facebook dan Twitter rasminya.

Mengikut laporan, sekurang-kurangnya sembilan maut dan 761 lagi cedera dalam gempa bumi 7.3 magnitud di selatan Jepun yang turut meranapkan rumah dan merosakkan jalan raya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY