KUALA LUMPUR, 18 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyampaikan ucapan perasmian sempena Asia Oil & Gas Conference di sini hari ini.

Menurut Najib, perubahan harga minyak di pasaran dunia memberikan kesan dalam ekonomi dunia.

Persekitaran harga minyak yang rendah menyediakan peluang untuk membuat perubahan dan penstrukturan semula tepat pada masanya.

Najib berkata harga minyak mentah yang rendah juga menggalakkan inovasi. Keadaan itu katanya adalah masa bagi teknologi dan perkhidmatan jimat kos mendapat permintaan yang tinggi berbanding sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada pembukaan Persidangan Minyak & Gas Asia ke-18 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

-Suraya Ahmad, Faizal Dato Badarudin (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY