PEKAN, 11 Jun – Dividen Diumumkan…. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian dividen RM94.5 juta kepada 34,121 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial¬†(TSK), hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 18,041 peserta TSK manakala 16,080 peserta RTBB.

Najib berkata, kerajaan turut meluluskan Skim Bantuan Khairat Pekebun Kecil berjumlah RM5.2 juta kepada 368,000 pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.

“Apa yang perlu dilakukan pekebun kecil adalah mengubah minda dan sikap untuk lebih berani menceburi bidang baharu yang boleh memberi pulangan menguntungkan.

“Saya juga minta pekebun kecil berfikiran proaktif dan pelbagaikan sumber supaya pendapatan tidak terjejas jika harga getah merudum,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian dividen RISDA dan pelancaran Skim Bantuan Khairat Kematian Pekebun Kecil  di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainal Abidin. – WD MY

LEAVE A REPLY