KUALA LUMPUR, 16 Jun – PM Umum Insentif Projek Bandar Malaysia….. Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa insentif kepada pemaju utama dan anak syarikat milik penuh bagi projek pembangunan Bandar Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, insentif itu termasuk pengecualian cukai selama 10 tahun, pengecualian duti setem selama lapan tahun, pengecualian duti import untuk barangan pembinaan terpilih yang tidak diperbuat di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena majlis menandatangani perjanjian pemegang saham dan memorandum persefahaman oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu. – WD MY

LEAVE A REPLY