KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Bangga…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Datuk Lee Chong Wei pada landasan tepat memenangi pingat emas Sukan Olimpik Rio selepas menewaskan juara bertahan, Lin Dan, sebentar tadi.

“Ia perlawanan mendebarkan sehingga ke mata kemenangan. Tahniah Chong Wei kerana mencipta sejarah menewaskan Lin Dan.

“Selepas ini saya akan bergegas pulang untuk menyaksikan penentuan pingat emas acara beregu lelaki antara pemain negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menentang pemain China, Fu Haifeng-Zhang Nan.

“Saya yakin pasangan ini akan mencipta sejarah memenangi emas,” katanya berucap pada majlis Ulang Tahun Ke-10 Yayasan Khazanah, di sini sebentar tadi. – WD MY

LEAVE A REPLY