KUALA LUMPUR, 12 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menziarahi jenazah Bekas Setiausaha Sulit ayahandanya, Datuk Abdul Aziz Hussien di Masjid Al Taqwa, Taman Keramat, ibu negara, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau sempat singgah kira-kira 20 minit memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham yang meninggal dunia jam 5.00 petang semalam di kediaman keluarganya di keramat kerana sakit uzur ketika berusia 83 tahun.

Allahyarham juga pernah bertugas sebagai bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, bekas Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaraya pada tahun 1980-an. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY