PMSP Gesa RCI Siasat Penyelewengan Dana Bumiputera Malaysia Finance

0
261

PETALING JAYA, 26 Sept – TUBUH….. Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)  menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat penyelewengan dana Bumiputera Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong pada 1980-an.

Shafik Abdullah, berkata ia penting bagi membongkar dalang skandal itu sehingga menyebabkan negara kehilangan AS$1.2 bilion.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan juruaudit dilantik Bank Negara Malaysia (BNM), Jalil Ibrahim bagi menyiasat penyelewengan dalam BMF ketika itu.

“Kami desak dibuka RCI untuk (siasat) BMF pada 1983 yang kehilangan wang berjumlah AS$1.2 bilion. Ia bukan satu dana yang kecil.

“Kami desak kerajaan lakukan siasatan dan panggil pakar yang boleh menyumbang kepada siasatan supaya ia boleh dilaksanakan tanpa pilih kasih atau cuba menutup sesuatu,” katanya.

Shafik berkata, hasil risikannya mendapati dana berbilion ringgit diperoleh BMF untuk disalurkan kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Investment Limited (Carrian Group) ketika itu diperoleh daripada PETRONAS.

Sementara itu, Presiden PMSP, Datuk Ramesh Rao berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen 25 muka surat mengandungi maklumat urus niaga dana BMF di Hong Kong kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada jam 11.30 pagi Khamis ini.

“Kita berharap penyerahan dokumen ini akan membantu PDRM untuk membuka kertas siasatan skandal BMF,” katanya. – WD MY