PUTRAJAYA, 25 Julai – Tidak Halang….. Malaysia tidak membantah atau menghalang
kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke negara ini, kata Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Walaupun di sesetengah negara mungkin ada yang menghalang tetapi kita di
Malaysia…kita belum sampai ke tahap itu,” katanya kepada media semasa Majlis
Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Pokemon Go, permainan baharu telefon pintar direka oleh syarikat Niantic
Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) menjadi trend di media
sosial buat masa ini. – WD MY

LEAVE A REPLY