KUALA LUMPUR, 5 Mac – POKOK TUMBANG….. Sebatang pokok tumbang dan menghempap seorang penunggang motosikal di Jalan Ampang berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada jam 7.43 pagi tadi.

Sumber Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kini berada di lokasi berkenaan bagi menangani isu berbangkit.

“Skuad Penyelamat Jawatankuasa Penilaian juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WD MY