‘POLEMIK DEDAK’ & ‘BELI UNDI’, POLITIK MURAHAN PEMBANGKANG

‘POLEMIK DEDAK’ & ‘BELI UNDI’, POLITIK MURAHAN PEMBANGKANG

529
0

ALOR SETAR, FEB 27. – PERGERAKAN..Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini mencabar Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumum pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai dedak.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pada masa yang sama Mukhriz harus menyokong kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menganggap pemberian BR1M itu adalah satu dedak kepada rakyat.

“Bagi Pemuda UMNO Kedah, kenyataan Mukhriz sebelum ini yang menyatakan bahawa pakej pembangunan diisytiharkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat Langkawi adalah dedak sama sekali tidak boleh diterima dan rakyat seharusnya menghukum keceluparan dan ketidakmatangan pemimpin tersebut.

“Namun Pemuda UMNO yakin Mukhriz tidak akan ada keberanian untuk menyahut cabaran ini kerana takut hilang undi atau bimbang popularitinya merosot,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan, hakikat sebenarnya yang perlu diketahui bahawa BR1M amat diterima baik oleh rakyat dimana banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Ketua Pemuda menasihatkan, agar rakyat memahami dan menyokong inisiatif ekonomi yang dibawa oleh kerajaan.

“Pergerakan Pemuda UMNO Kedah berpandangan inisiatif ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri adalah yang terbaik dan perlu difahami oleh semua.

“Polemik ‘dedak’ dan ‘beli undi’ ini adalah semata-mata modal politik murahan parti pembangkang yang mahu terus menerus meracuni minda dan fikiran pengundi,” katanya. – MY WD