SYDNEY, 2 Ogos – Plot….. Pihak Polis Australia membebaskan seorang daripada empat lelaki yang ditahan dalam serbuan minggu laluan kerana merancang menjatuhkan pesawat.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan pada malam Selasa tanpa pertuduhan jenayah difailkan terhadapnya.

Tiga lagi lelaki masih ditahan tanpa dakwaan.

AFP belum memberikan butiran terperinci berhubung plot terbabit tetapi seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tahu berhubung penahanan itu berkata, ia membabitkan penerbangan komersial dari Sydney ke Teluk Parsi.

Ia turut disokong kenyataan Etihad Airways semalam yang mengaku membantu siasatan AFP.

Australia diletak dalam keadaan berjaga-jaga sejak 2014 susulan serangan militan tempatan yang baru kembali daripada menyertai peperangan di Asia Barat atau penyokong mereka. – WD MY