KUALA LUMPUR, 15 Feb – Tahan…. Pihak Polis menahan seorang wanita Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan berhubung kematian abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata wanita terbabit ditahan sepasukan polis kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

“Saya mengesahkan seorang wanita Myanmar ditahan jam 8.20 pagi tadi dan kita percaya dia mempunyai hubung kait dengan kematian lelaki Korea Utara di klia2 pada Isnin lalu.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan selepas menerima laporan itu, kita akan menentukan kes ini disiasat mengikut seksyen apa, ” katanya. – WD MY