Polis Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Pada Sabtu Ini – KPN

0
528
KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ambil Tindakan…… Pihak Polis bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan pada perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah, Sabtu ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis mempunyai anggota dan pegawai yang mencukupi bagi mengekang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Sejak Bersih yang pertama sehingga yang akan berlangsung Sabtu ini… sampai bila lagi kami (polis) perlu bersabar.
“Polis akan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman negara sentiasa terjamin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Kempen Palestin Tidak Dilupakan di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sehubungan itu Khalid menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai
mana-mana perhimpunan berkenaan yang jelas tidak mematuhi peruntukan
undang-undang.
“Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Palestin. Keamanan sedia ada
sepatutnya dikekalkan, bukannya buat kecoh di merata tempat,” katanya.
“Orang ramai perlu sedar kita ada undang-undang. Kalau ianya tidak mahu
dipatuhi, untuk apa undang-undang itu ada.
“Polis akan pastikan negara aman, sejahtera dan tenteram. Jika ada jalan
yang akan ditutup kita akan maklumkan,” katanya.
Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan daripada warga PDRM sebanyak
RM50,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Hashimah Salleh.
– WD MY