MELAKA, 28 Okt – Buka Kertas Siasatan…… Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan membuka kertas siasatan bagi menyiasat beberapa bekas menteri dan kakitangan kerajaan yang telah melanggar Akta Rahsia Rasmi kerajaan.

Menurut Khalid, tindakan yang dilakukan mereka yang bercakap dan menggunakan beberapa perkara yang merupakan Rahsia Rasmi Kerajaan dilihat boleh menimbulkan keadaan dan suasana tidak tenteram kepada masyarakat khususnya.

Bercakap di Hari Inovasi PDRM disini, Khalid menegaskan mana-mana individu samada masih berkhidmat atau sudah tidak lagi didalam kerajaan jika beberapa perkara membabitkan Akta Rahsia Rasmi perlu dipatuhi.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil beberapa bekas menteri tersebut untuk memberi keterangan kerana kemungkinan mereka telah melanggar akta rahsia rasmi kerajaan,” kata Khalid.

Beberapa bekas menteri berkenaan dikatakan lantang bercakap di Dewan Rakyat berhubung isu 1MDB. – WD MY