Polis Bukit Aman Dan Pulau Pinang Kendali Kes Tembakan Di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong – TPM

0
90
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Dikendali PDRM…… Kes tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong
Eu, Pulau Pinang semalam yang meragut tiga nyawa dikendalikan polis Pulau Pinang
dan Bukit Aman, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini bukan soal kes terpencil atau sebaliknya tetapi sebarang perbuatan kes jenayah mesti ditangani dengan segera,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
    

Ahmad Zahid berkata beliau menugaskan Ketua Polis Pulau Pinang dan Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata maklumat perkembangan kes berkenaan akan disiarkan melalui
kenyataan media dan dikongsi di laman sosial. – WD MY