Polis Buru Suspek Kes Tetak Di Kelantan

Polis Buru Suspek Kes Tetak Di Kelantan

102
0

PASIR PUTEH 10 Nov. – BURU….. Pihak Polis giat memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes tetak di Kampung Cherang Ruku, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki tersebut ialah Mohd. Kupuan Zahari, 30, beralamat di Kampung Pacakan, Semerak manakala wanita itu, Nurul Asdayanti Mohamad, 26, beralamat di Kampung Pantai Baru, Bachok.

Menurutnya, Mohd. Kupuan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Manakala Nurul Asdayanti disiasat di bawah seksyen yang sama dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

“Polis percaya kedua-dua individu ini bersembunyi di lokasi tertentu dan berharap agar mereka menyerah diri di mana-mana balai polis yang berdekatan seberapa segera,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di talian 09-7867222 atau mana-mana balai polis berdekatan. РWD MY