Polis Buru Suspek Tendang Wanita Berhampiran Jejantas Bank Negara

0
91

KUALA LUMPUR, 9 Nov – BURU….. Lelaki yang pernah ditahan atas kesalahan sengaja menendang seorang wanita tahun lalu, melakukan perbuatan sama berhampiran jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut, kelmarin.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), terbabit lelaki itu dilihat sengaja menendang seorang wanita berusia 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata kejadian berlaku pada jam 1.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Jalan Raja Laut.

“Menerusi rakaman itu, mangsa berseorangan berjalan keluar dari pintu BNM menuju ke Jalan Raja Laut.

“Tiba-tiba suspek datang dari arah menendang belakang badan mangsa sehingga dia jatuh terduduk di atas tangga jejantas berkenaan,” katanya.

Shaharudin Abdullah berkata, akibat daripada kejadian itu mangsa mengalami sakit di belakang badan.

“Suspek dipercayai orang yang sama melakukan perbuatan itu dan pihak kami dalam usaha mengesannya.

“Hasil siasatan mendapati suspek baru sahaja dilepaskan daripada penjara Julai lalu,” katanya.

Katanya, suspek pernah ditahan pada tahun 2013 kerana membawa parang ke dalam BNM.

Beliau berkata, suspek juga ditahan tahun lalu kerana menendang wanita di laluan pejalan kaki ke Stesen Komuter Bank Negara.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325┬áKanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. – WD MY