DENPASAR, 23 Ogos – Tingkat Kawalan Keselamatan…..Pihak berkuasa Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di Bali selepas laporan hujung minggu lalu menyatakan suspek militan merancang menyerang pulau percutian terkemuka itu, kata polis lewat Isnin.

“Berkaitan maklumat mengenai penangkapan seorang suspek dan rancangan tindakan di Bali, kami meningkatkan keselamatan di semua pintu masuk ke pulau ini.

“Fokus juga diarahkan di pelabuhan kecil yang berselerak di sekitar Bali,” kata ketua polis Sugeng Priyanto, menambah pintu masuk tidak rasmi turut diawasi.

Polis antikeganasan berkata, pada hujung minggu lalu, mereka menyiasat sama ada suspek militan yang ditangkap di Sumatera minggu lalu merancang serangan di Bali.

Polis menemui bom dan bahan letupan berkuasa tinggi ketika menyerbu rumah suspek.

“Suspek memberitahu kami dalam kenyataan mereka merancang serangan di Bali tetapi tiada maklumat atau masa,” kata ketua polis negara, Agus Rianto.

Pengeboman di pulau peranginan itu pada 2002 dilakukan militan yang meragut 202 nyawa, kebanyakan rakyat Australia. – WD MY

LEAVE A REPLY